Bismillahirrahmanirrahim.. Tangan ini harus Sang Tanah gerakkan..yea..sebelum ia kaku bersilang di dada dijemput kembali oleh Si Pencipta…
Melewati sebuah taman syurga di dunia, sebuah kesah bermula..kesah di dalam kesah…terungkailah kisah JIN yang selama ini diulangkali bacaannya namun tersirat maksudnya…kalam Si Pencipta diselak..singgah lah mereka pada muka surat 572..tertangkap dek pandangan, ’surah JIN?’ surah yang ke-72..pembacaan dimulakan..seawal ayat 1 hinggalah ke 28 dan akhirnya alhamdulillah. Terjemahan dibacakan dan seketika..[cam bes la plak surah nih]..
kisah segerombolan jin yang mendengarkan ayat2 Al – Quran yang dibacakan oleh Panglima agung Muhammad s.a.w. ketika dlm solat baginda…manusia, tahukah kalian kesah sebenar di sebalik penurunan surah jin nih?? hurm , kesah bermula: [kesah diceritakan dgn gaya bhs Sang Tanah.afwan kalo x berpuas hati n kalo ad yang nk ditambah silelah tambah].kronologinya:
~seperti kalian manusia sedia maklum, musuh utama manusia adalah Iblis yang enggan sujud pada bapa kalian, Adam ketika awal penciptaannya..rujuk QS (2:34). maka pabila Iblis terlontar ke dunia untuk menyesatkan kalian, iblis membina sekutu dan konco2ya yang terdiri dr syaitan2 dan jin2 yang dok berkeliaran di dunia time tuh (wallahua’lam).
~dan dalam projek menyesatkan manusia2 keturunan Adam ini, jin dan syaitan sentiasa ingin mengetahui rahsia2 langit iaitu ayat2 dan perintah2 Allah pada para malaikat dan semua penduduk langit..lantas mereka pon curi2 dgr tp malangnya, panahan2 api mengejar mereka hingga mereka pon give up tuk dgr lagi. mereka pelik sebenarnyer, mengapa sekarang ad panah2 api nih.dulu x der pon.nih mestih ad sumting nih…jin ke compiusan..
~mereka pon pergilah kepada ketua mereka which is IBLIS tadi and dok ngadu for that incident. Dengan tak berpuas hati, semua konco2 dikumpulkan dan dihantar ke seluruh dunia untuk mengambil segenggam tanah. dan akhirnya, dptlah diketahui bhw telah wujud seorang rasul agung di kota mekah yang sedang “busy” menegakkan kalimah la ilah ilallah..
~segerombolan jin dihantar ke Kota Mekah..n suddenly dlm mereka bepergian, (terbang @ berjalan)-wallahua’lam..mereka terdengar bacaan ayat2 al-quran yang di bacakan semasa solat oleh manusia yang selama ini mereka cari2..iaitu Muhammad s.a.w. Muhammad dihampiri sedekat2 nya oleh kumpulan jin2 tersebut. lantas, bacaan Muhammad dihayati n di saat itu, sinar hidayah singgah di jiwa jin2 tersebut dan berakhir dengan kalimah LA ILAH ILALLAH…dan berimanlah jin2 tersbut…
jadi manusia di luar, rujuklah surah al – jinn dan bacalah..kerana pelbagai makna tersirat yang ingin Al – Khaliq sampaikan..check it out..[ayat 1- 15 merupakan kata2 yang di sampaikan oleh jin itu sendiri kepada kaum mereka, juga kepada kalian wahai manuisa!!]
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
1: Katakanlah: “Telah diwahyukan kepadaku, bahawa sesungguhnya: satu rombongan jin telah mendengar (Al-Quran), lalu mereka (menyampaikan hal itu kepada kaumnya dengan) berkata: `Sesungguhnya kami telah mendengar Al-Quran (sebuah Kitab Suci) yang susunannya dan kandungannya sungguh menakjubkan!
*nak diceritakan betapa bersungguhnnya jin2 tersebut pabila mendengarkan kebanaran dari rasulullah s.a.w. once they heard bout the truth, mereka terus menyebarkan pada kaum mereka..kalian??? seperti merekakah?? dimanakah kalian ketika melihat kalangan kalian dok asyik berpegang tangan dengan berlainan jantina? ketika kalanagan kalian masih memandang ringan solat 5 waktu?? THINK!!
2: `Kitab yang memberi panduan ke jalan yang betul, lalu kami beriman kepadanya, dan kami tidak sekali-kali akan mempersekutukan sesuatu makhluk dengan Tuhan kami.
*nak digambarkan betapa berimannya jin2 tersebut dgn kitab Al-Qran yang baru pertama kalinya mereka dengari…sampai bila dengar jer ayat2 Quran dan mereka faham dgn maknanya lantas bersumpah bhw tiada yang lebih penting dari Allah s.w.t..kalian? dok berhabuklah Quran kat atas rak tuh…berapa tahun kalian hidup dgn Al- Quran?? semalam? kelmarin? ke sejak lahir? masih lagi meletakkan Allah setanding dgn dunia..so..THINK!!!
3: `Dan bahawa sesungguhnya: tertinggilah kebesaran dan keagungan Tuhan kami daripada beristeri atau beranak.
4: `Dan bahawa sesungguhnya: orang yang bodoh dari kalangan kami telah mengatakan terhadap Allah kata-kata yang melampaui kebenaran;
5: `Dan bahawa sesungguhnya kami menyangka bahawa manusia dan jin tidak sekali-kali akan berani mengatakan sesuatu yang dusta terhadap Allah.
*nak digambarkan bhw penyesalan yang dirasai oleh jin2 tersebut akan dosa2 yang mereka dok lakukan before. mengatakan yang melampaui kebenaran terhadap Allah..lantas, bila diorg dh fhm Islam, and sedar bersangka buruk terhadap Allah itu adalah salah bagi mereka..kalian?? bilakah kali terakhir kalian bersyukur atas nikmat kurniaan Allah? pas dapat zacheot pharmaco??berapa byk kali sehari kalian merungut dgn kehidupan kalian?manusia..THINK!!
6: `Dan bahawa sesungguhnya beberapa orang dari manusia, menjaga dan melindungi dirinya dengan meminta pertolongan kepada golongan jin, kerana dengan permintaan itu mereka menjadikan golongan jin bertambah sombong dan jahat.
*tgk…jin pon pelik, awatlah manusia nih dok mintak2 rayu2 kat diorg…x pernah dgr nm Allah ker? masuk hutan, mintak izin, nk lepas exam, pi doa kat kubur lama…ish2..hutan tuh, kubur tuh, milik Allah, yang kalian nk mintak is supposenyer to Allah not to them..THINK!!
7: `Dan bahawa sesungguhnya mereka (jin) menyangka sebagaimana yang kamu sangka, bahawa Allah tidak akan membangkitkan manusia pada hari kiamat.
8: `Dan bahawa sesungguhnya kami telah berusaha mencari berita langit, lalu kami dapati langit itu penuh dengan pengawal-pengawal yang sangat kuat kawalannya, dan (dengan rejaman-rejaman) api yang menyala.
9: `Padahal sesungguhnya kami dahulu biasa menduduki tempat-tempat (perhentian) di langit untuk mendengar (percakapan penduduknya); maka sekarang sesiapa yang cuba mendengar, akan mendapati api yang menyala yang menunggu merejamnya.
10: `Dan bahawa sesungguhnya kami tidak mengetahui adakah (dengan adanya kawalan langit yang demikian) hendak menimpakan bala bencana kepada penduduk bumi, atau pun Tuhan mereka hendak melimpahkan kebaikan kepada mereka?
*ayat2 nih mengisarkan cerita Sang Tanah bg tau kat atas.,selapas peristiwa nih lah jin2 tersbut g ke Kota Mekah and tersengar bacaan rasulullah…
11: `Dan bahawa sesungguhnya di antara kami adagolongan yang soleh, dan ada di antara kami yang lain dari itu; kita masing-masing adalah menurut jalan dan cara yang berlainan.
12: `Dan bahawa sesungguhnya kami mengetahui, bahawa kami tidak sekali-kali akan dapat melepaskan diri dari balasan Allah (walau di mana sahaja kami berada) di bumi, dan kami juga tidak sekali-kali akan dapat melarikan diri dari balasanNya (walau ke langit sekalipun).
13: `Dan bahawa sesungguhnya kami, ketika mendengar petunjuk (Al-Quran), kami beriman kepadanya (dengan tidak bertangguh lagi); kerana sesiapa yang beriman kepada Tuhannya, maka tidaklah ia akan merasa bimbang menanggung kerugian atau berdosa.
14: `Dan bahawa sesungguhnya (dengan datangnya Al-Quran, nyatalah) ada di antara kami golongan yang berugama Islam, dan ada pula golongan yang (kufur derhaka dengan) menyeleweng dari jalan yang benar; maka sesiapa yang menurut Islam (dengan beriman dan taat), maka merekalah golongan yang bersungguh-sungguh mencari dan menurut jalan yang benar,
15: ` Adapun orang-orang yang menyeleweng dari jalan yang benar, maka mereka menjadi bahan bakaran bagi neraka Jahannam.
*nak dikisahkan, jin pon tahu yang hakikat mereka..bagi yang beriman atau pon yang mendustakan ayat2 Allah. mereka sedar, pabila dtg kepada mereka kebenaran[walaupon mereka x diutuskan rasul] kepada mereka, mereka x kan nk bertangguh dlm menerima kebenaran tersebut..whut for? kenapa nk bertangguh dlm menuju kebaikan wahai manusia? x pernah ker kalian terfikir, sampai kapan kalian harus begitu? leka dan selesa hidup bergelumang dgn maksiat seharian..Wake Up!! contohi sifat2 jin dlm surah nih..mereka realized yang there r only 2 choices..whetherhidayah or Jahannam..once again..THINK!
Manusia, kalian makhluk istimewa. dikurniakan rasul sebagai penyampai kebenaran.bukan cam golongan jin yang terpaksa mencari-cari kebenaran tuh. tp nikmat yang diperoleh, subhanallah…Salimul Aqidah…berbeza dgn kalian manusia, yang hidup selesa gn islam yang dtg sejak lahir namun dh jadi biasa sehingga tak timbul langsung sifat ingin mencari dlm jiwa kalian..NO!! itu bukanlh alasan yang bleh Sang Tanah terima apatah lagi Allah s.w.t. kerana tiada skema dan kriteria yang Allah tentukan bg sesiapa yang ingin mencari kebenaran..be like them..{jin yang mendengarkan bacaan rasul} mereka dlh logam yang sgt bagus..pantas dlm bertindak menyedarkan kaum mereka…wallahua’lam…
Recent Comments