assalamualaikum wrt..
Bekas ilahi. ada satu symbolic yang cuba disampaikan.
Tanah itu bekas ilahi. Allah menakung mutiara-mutiara hujan di permukaan tanah. tidak dibiarkan meresap jauh ke dalam kerana sunnatullah, air yang turun disimpan di dalam bekas ilahi ini untuk mengairi bumi dan dicedok mereka yang bergelar manusia.
subhanallah..
Allah peringatkan aku yang lemah ini, dengan perumpamaan yang superb… dulu, aku kira, tanah itu sesuatu yang hina untuk terus memberi aku amaran, tentang siapakah aku..ya, namun pada hari ini, Allah masih memberi ruang aqal yang terbatas ini untuk terus memikirkan kebesaran Allah dan terus merenung kekuasaan Allah dengan hadirnya alam ini.
Tanah..
“menjadi bekas2 ilahi untuk menakung air hujan yang jatuh menitis di permukaan bumiNya.”
kagum lagi. Allah is so perfect. terlalu sempurna untuk dinafikan.
Rabbana ma kholaqta haza batila.. (dan tidaklah Engkau menjadikan semua ini sesuatu yang sia-sia)
Ada sebab lain Allah sedarkan mengapa manusia seperti tanah. kerana manusia memainkan peranan seperti tanah. manusia tugasnya ubudiah dan khilafah. bila manusia mengaku menjadi seorang daie, maka dia bertangunggjawab mengairi manusia lainnya dgn kefahaman yang Allah berikan, alirkan dalam dirinya. kerana dia juga seperti tanah.—-> kefahaman islam yang diperoleh bukan untuk diserap sendiri kerana itu akn membinasakan diri. tapi harus dibenarkan manusia lain untuk mencedok. tugas mereka satu tugas yang sangat besar seperti mana Allah amanahkan tanah menjadi bekas kepada takungan air hujan untuk digunakan oleh manusia. begitu juga amanah besar ini Allah berikan pd manusia untuk menjadi takungan kefahaman islam untuk disampaikan pada manusia lainnya..
Allah ajar kita dgn tanah..alhamdulilah, masih byk kerja yang perlu difikirkan ( bagaimana takungan islam ini harus disampaikan pd yang lain agar hati2 mereka tidak kering ketandusan)
wallahua’alam..
wallahua’alam
sangtanah… ^___^
jazakillahukhair for sharing..
open our eyes new analogy
entering yg benar2 membuka minda.. o yeah.. jazakillah…