Ada apa dengan teguran Allah..

Assalamualaikum w.r.t..ini peringatan yng terbesar buat diri Sang Tanah.

Hari – hari aku ditegur Allah.sangat banyak.Kalau pun bukan dengan ujian yang menyedihkan yang menimpa diri, pasti Dia hadirkan teguran melalui sahabat – sahabat yang aku sayang, sahabat- sahabat yang berada di sekeliling aku, adik – adik yang aku kasih, keluarga. Tak terkira lagi dengan teguran Allah melalui ayat-ayat kauniyahNya.

Futur, pelajaran, kesakitan, kematian,kesuntukan masa, penyakit hati..teguran – teguran Allah buat hambaNya..

Mengeluh lagi.toleh kiri, toleh kanan, depan, belakang, Nampak satu yang cacat dlm penciptaan Allah?

Apa lagi yng kita mahukan di dunia? Apa lagi nikmat Allah yang kita rasa belum cukup. Kenapa masih susah nak taat pada perintah Allah, pada Rasulullah. Kalau kata cinta, kasih, buktikan!!

“aah, persetankan semua,” hati kecil yang tgh rebel menjaawab.

Hati kalian wahai manusia sangtlah fragile. Sangat mudah untuk berbolak balik. Jangankan ujian hirisan pedang di tubuh kalian, malah satu herdikan pun sudah cukup utk kalian futur. Ya! Dan di saat futur itu mula membenihkan sikap pesimis terhadap Allah dalam jiwa kalian, segala macam ketidakpuashatian akn muncul. Susah, beban, bazir masa, ditinggalkan sahabat..macam – macam lagi..

apakah manusia itu mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan kami telah beriman dan mereka tidak diuji?? ” (29:2)

DI MANA KEDUDUKAN ALLAH S.W.T DALAM DAKWAH KITA???

DIMANA PERGANTUNGAN KITA PADA ALLAH?? ADUAN KITA PADANYA??

Duduk sebentar wahai manusia, muhasabah lah dari awal. Dari mana kita? Untuk apa kita berada di dunia? Kemanakah hala tuju kita?

~kita adalah manusia yang hina, berdosa, bermaksiat, lemah, kotor, dan seumpamanya. Kita tak akan mampu mengawal walau sesuatu yang jadi milik kita. Tengok saja pada hati. Hati kita tidak akan sentiasa gembira dengan apa yang kita lakukan. Kalau hari ini, kita seronok menghabiskan waktu di dapur untuk memasak, pada keesokan hari? Bak kata bualan mulut, mood seseorang mmg mudah berubah. Nah, itu kata bualan tapi itu juga satu teguran Allah. Walau mood itu, wujudnya dlm diri manusia, namun bukan dia yang mengwal. Tapi Allah..!!

~Untuk apa aku harus hidup di dunia? Kadang2 dunia seperti syurg bila apa yang kita dambakan sentiasa kita peroleh. Sampai kita terlupa, utk apa Allah ciptakan dunia. Dunia ibarat sebuah rumah yang dilekat bom di dasarnya. Sungguh!! Itulah dunia. Nampak selesa, tapi ada sesuatu yang sangat berbahaya. Rumah itu akan runtuh. Dan kita masih berada didalamnya..apa yang harus kita lakukan? Sebagai manusia yang sedar di dalam rumah itu ada sebutir bom, kalianlah yang bertanggunggjawab mencari bom tersebut sehingga dapat. Menyedarkan setiap ahli dalam rumah tersebut akan bahaya bom tersebut. Itulah dii tugas seorang manusia di dunia. Ya, dia masih hidup di dalam dunia namun bukan sebagai manusia yang leka, tapi manusia yang punya visi. Ibadah dan khalifah!!

~ke mana hala tuju kita wahai manusia? Sekali lagi hentaman dari Allah. Kita bukan menternak diri kita di dunia untuk kemanisan 65-70 tahun sahaja. Tapi untuk kemenangan yang abadi. Fikir sejenak, dan dalam fikiran kalian, bayangkanlah segala yang kalian mahukan pasti tercapai bila mana kalian berada di syurga. Itu adalah motivasi tarbiyah. “heaven gila hari nih” itu kata kalian bila rasa puas, rasa sangat gembira namun masih juga ya terselit perkataan syurga di situ?? Pelik tapi kalian mampu membayangkan nikmat2 itu bagai di syurga. Sungguh janji Allah itu haq. Syurga itu lebih dari sangkaan2 dangkal kalian.

Muhasabah kita wahai manusia bukan cukup untuk sekali. Try banyak kali. You’ll find it as a ni’mat. Nikmaat yang terbesar bilamana hati sentiasa bertaut dgn ilahi. Air mata sentiasa melembapkan pipi, dan pasti juga mengairi kekringan hati insyaAllah.

Jangan bertangguh dalam muhasabah. Hisab diri kalian, bertaubatlah~~

Sabda rasulullah s.a.w ;

“Demi Tuhan yang diriku berada dalam genggaman-Nya. Seandainya kamu tidak berdosa nescaya Allah akan mematikan kamu. Kemudian Allah akan mendatangkan satu kaum yang melakukan dosa dan mereka memohon keampunan kepada Allah lantas Allah mengampuni mereka.” (Hadis riwayat Imam Muslim)

Tawakkalna ala Allah =)

Leave a comment