Salju juga satu tarbiyah..

Bismillahirahmanirrahim…Suatu renungan,

Ulitsa Skobelevskaya..nama satu jalan di bumi bertuah Soviet. Putih kembali padang yang jaraknya 20 meter dari metro station, 7 bulan Sang Salju menghilang, Allah masih beri ruang pada dia memenuhi bumi. Lewat November, udara-udara sejuk mula menusuk. Pedih, sakit, dan aku lihat sesetengah manusia ada yang mengeluh..

“waaaaahhh, hari ni -23 degree!!!!” satu suara melaung, tanda satu peringatan diberi. Bahawa ada satu persiapaan yang harus dilakukan untuk itu. Ya! Lantas, winter jacket dipunggah, satu persatu ditarik oleh manusia itu..

“apa lagi ya yang tak cukup. Rasa macam nak pakai 2 muffle jer..bagi tak gerak topi jacket ni” satu lagi suara mencelah..

“gloves mana gloves? Eh, awak ada gloves tak, nak dipakai..pakai saya punya dulu!!” dan lagi..

Kedengaran juga..”hurm, kenapa tak pakai satu lagi jacket kat dalam tu? X sejuk ke nanti?”

 

Sungguh..ini hanyalah suara2 manusia yang tinggal di satu kediaman, belum lagi kedengaran suara2 manusia di setiap pelusuk bumi ini. Dengan pelbagai bahasa, tapi yang disuarakan hanya satu. Persediaan menghadapi Sang Salju. Masing – masing perlukan persediaan terbaik untuk keluar rumah walau hanya ingin membeli barang. Agar tangan, kaki tidak kebekuan.

Sang Tanah mula menyedari, ini tidak lain, juga satu teguran dari Dia. Didatangkan ke daerah beku ini, satu cuaca yang tidak akan dapat di mana-mana. Sungguh! Ini satu tarbiyah, untuk mendidik hati manusia-manuisa yang kononnya memikul tugas khalifah di muka bumi ini.

Ya wahai manusia, didatangkan untuk kalian terus berfikir dan berfikir tang mana tarbiyah salju Allah ini mampu membantu kalian? Memperkasakan seni merungut? Atau pada kalian ini hanya sia2?

Bagaimana pantas tindakan kalian membuat persiapan mendatangi Sang Salju, begitu juga bagaimana tangkas kaki kalian melangkah utnuk ke tempat destinasi, begitu jugalah yang dituntut!!! Yang dituntut dalam maktab tarbiyah Allah. Bilamana, Allah letakkan ke atas kalian satu ujian, cabaran yang kalian fikir, waaahhhhh sungguh extreme ini ujian, ketika itu jugalah satu action yang tangkas, pantas dan bernas dituntut untuk mengharungi ujian tersebut..

“..bawalah bekal, kerana sesungguhnya sebaik-baik bekal adalah TAQWA. Dan bertaqwakalah kepada Ku, wahai orang-orang yang mempunyai akal yang sehat..” (2:197)

Taqwa?? Hurm, camno tuh??

Sungguh kalian punya neraca tersendiri mengenai taqwa..tepuk dada tanya iman. Seberat mana neraca kalian menimbang erti taqwa. Jika Saidina Ali karamallahu wajhah, beliau menafsir erti taqwa dalam 4 pengertian :

  • Al-Khauf min Al-Jalil (takut pada Allah)
  • Al-amal bil tanzil )beramal dengan apa yang diturunkan)
  • Ar- Ridho bil qolil (resha dengan yang sedikit)
  • Al-isti’dat yaumul Akhirat (bersedia untuk hari berbangkit)

Sudahkah kalian bertaqwa? Bersiap untuk satu hari/satu keadaan yang lebih extreme dari Sang Salju yang bersuhu -23 degree?? Carilah ketaqwaan dangan salju, iAllah disitulah kalian akan menjumpainya.kerana apa? kerana Sang Salju juga satu makhluk Allah utuskan untuk menjadi satu ayat Allah di muka bumi untuk menyedarkan bagi mereka yang berfikir. Dengannya juga, Allah juga membentuk dan memproses individu yang lebih menghargai erti sabar, berlapang dada, tahan kepada cabaran. Wallahua’lam…

Mode : sejuk2 Sang Salju, ia tetap beri ruang Sang Matahari menyinar pancarkan cahaya..subhanallah~~

5 thoughts on “Salju juga satu tarbiyah..

  1. SubhanaAllah… indahnya…. x pernah terfikir langsung.. “kerana Sang Salju juga satu makhluk Allah utuskan untuk menjadi satu ayat Allah di muka bumi untuk menyedarkan bagi mereka yang berfikir.”
    Manusia sibuk betul dengan hal dunia, sampai lupa nak berhenti sejenak dan berfikir dan memperhatikan…. jzkk atas peringatan =)

    • =) fikirkn, setiap snow yg turun ad function dkt bumi Allah, apatah lagi manusia yang Allah berikan keutamaan….mesti lg byk function kita kan?

Leave a comment