Milik siapa harta itu??

Bismillahirrahmanirrahim..

“Milik siapakah harta itu??”

“pastilah itu milik kami. Kami yang bertempur di medan paling hadapan”

“tidak, milik kami, itu kepunyaan kami. Kerana ingin merampas kembali harta itulah perang ini terjadi”

“mana mungkin, kami Ansar yang membantu kalian. Jumlah kami besar. Lebih dari 2/3 tentera yang bertempur”

“kalian perlu ingat, kami yang mengutip segala harta rampasan itu, jadi kami yang berhak!!”

“kami yang bersusah dan bermatian mempertahankan rasul, seharusnya, kamilah yang layak
mendapatkannya!!”

Suasana tegang. Milik siapa sebenarnya harta2 itu? Kaget. Dalam kekusutan, turunlah kata-kata benar dari Al-Malikul Mulk..:

 Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad) tentang harta rampasan perang. Katakanlah: “Harta rampasan perang itu (terserah) bagi Allah dan bagi RasulNya (untuk menentukan pembahagiannya). Oleh itu, bertaqwalah kamu kepada Allah dan perbaikilah keadaan perhubungan di antara kamu, serta taatlah kepada Allah dan RasulNya, jika betul kamu orang-orang yang beriman”. *(anfaal :1)

Terdiam para mujahidin menerima penyampaian wahyu dari si kekasih Allah itu. mereka sedar, dengan hanya berebut dek harta yang melimpah itu, ukhuwah yang terbina di anatara mereka hampir tergadai.

Satu kisah yang cukup menyentap hati Sang Tanah tatkala mendengar tafsirannya. Macam – macam tafsiran yang melayari fikiran..

*sangkaan satu 

“uish, tu sahabat tu, bole gado2 sebab harta. ni kalau kita yang banyak lakukan dosa, apatah lagi”

“banyak sangat ke harta rampasan perang depa tu? sampai nak gado2. sian rasul..”  

Subhanallah wa astaghfirullah. perjalanan seorang mukmin itu tidak akan sempurna andai tiada ujian – ujian di tengahnya. contoh dari kisah  perang badar di atas sudah cukup untuk kita ambil teladan. Mereka adalah para perintis. Ahlul Badar. Insan – insan terpilih , yang ditapis oleh Allah memulai jihad di medan perang. Mereka yang pda awalnya bukanlah nak pergi berperang, hanya sekadar ingin merampas kembali harta2 kepunyaan mereka yang disonglap oleh musyrikin Mekah. Disusun atur oleh Allah, mereka berperang pada akhirnya apabila batalion tentera Abu Jahal telah datang untuk memberi bantuan pada kabilah Abu Sufyan yang pergi menjual segala harta2 milik muhajirin. Banyak sangat kisah Badar yang boleh kita jadikan tauladan, cuma apa yang Sang Tanah ingin tekankan adalah bab perebutan harta2 rampasan perang yang Allah kisahkan di dalam surah Anfaal.

Ye, kalian juga boleh menyangka seperti sangkaan Sang Tanah.Buat apa sahabat2 nih bergaduh hanya disebabkan harta? Mereka kan sahabat rasul dan antara  mereka adalah sahabat yang dijamin syurga lagi. masakan iman mereka bergoncang? 

YA WAHAI MANUSIA..harta itu satu simbolik dari Allah S.w.t sebagai ujian pada diri hamba2Nya.Para sahabat itu manusia.Punya hati, punya nafsu, punya perasaan. walau duduk mereka dekat dengan Rasul Allah, mereka tidak boleh lari dari hati mereka sendiri..–>begitu kita wahai manusia, claim sbg seorang muslim, solat 5 waktu, puasa di bulan ramadhan, menghayati dan mentadabbur Al-Quran, seorang daie yang lantang mengerjakan amar makruf nahi mungkar. TIDAK akan terlepas dari lintasan hati yang kagum dengan kemewahan, ujian. Tengok pada kemewahan @ kejayaan orang lain, kita jadi tidak keruan. perasaan hati, nak jugak!

“Dijadikan terasa indah dalam pandangan manusia cinta terhadap apa yang diinginkan,berupa perempuan-perempuan,anak-anak,harta benda yang bertumpuk dalam bentuk emas dan perak,kuda pilihan,haiwan ternak dan sawah ladang.Itulah kesenangan hidup di dunia,dan disisi Allahlah tempat kembali yang baik” Ali-Imran :14

tapi apa Allah akhirkan ayat ini? Allah adalah tempat kembali yang baik. ya, bukan ladang2 itu yang membawa kamu ke syurga. Tapi Allah. Rahmat Allah yang memimpin jalan ke syurga itu.

*sangkaan dua

“depa tuh bukan baik ke dari dulu. ansar dan muhajirin tuh bukan dah declare bersaudara??”

Air dicincang takkan putus. Peribahasa melayu yang kalau bercakap tentang silaturrahim, pasti akan diquote. Tapi apa yang dibuktikan oleh sirah? Mus’ab bin umair, putus hubungannya dgn saudara dan ibu kandungnya sendiri. disebabkan apa? disebabkan landasan aqidah yang totally different. Bukan Sang Tanah nak menidakkan peribahasa tersebut. no offence ^__^.Satu kisah dalam perang Badar yang Allah mengajar mukmin erti persaudaraan. erti Ukhuwah. Apakah paksi Ukhuwah kalian jika benar kalian mengatakan kalian berukhuwah dangan sahabat kalian. Look back pada peristiwa Badar.

Mereka adalah golongan Ansar dan Muhajirin yang bersaudara sejaka mereka berhijrah ke Kota Cahaya Madinah. Selidiki kisah2 mereka sepanjang mereka di saudarakan.

sanggup menyerahkan 1/2 harta pada saudara barunya. berhajat menceraikan isterinya hanya kerana utk diberikan pada saudara baru yang dicintainya.

Lebih dari itu, bagaimana pula dgn golongan Muhajirin yang berpegang tangan erat melindungi rasul tatkala rasul dicerca dan dilontar batu di Mekah.?

Yang sanggup berhabis duit bagi menebus perhambaan saudara mukminnya?

13 tahun mereka bersama mengharungi penyiksaan di Mekah sebelum mereka berhijrah. Tetapi, hanya dengan peristiwa Badar, bergegar bumi Madinah dek laungan Kepunyaan Akulah harta itu!

—> Sang  Tanah mention : Allah sedang mengajar kita ttg erti ukhuwah. dan langsung, Allah turunkan ayat yang sama   (8:1) untuk menjawab segala ketidakpuashatian mereka.

“bertaqwalah kamu kepada Allah dan perbaikilah keadaan perhubungan di antara kamu, serta taatlah kepada Allah dan RasulNya,”

lantas mereka sedar, ukhuwah yang mereka jalinkan sejak sekian lama itu berlandaskan aqidah pada Rabb. Masakan mampu kekuatan ukhuwah aqidah itu ditandingi dek harta2 dunia yang mengelabui hati mereka? Ya, wahai Manusia, masakan mampu wang ringgit dan jongkong emas membeli ukhuwwah yang terasnya adalah Allah s.w.t. itulah kekuatan ukhuwah islamiyyah. kalian juga yang mengclaim kalianlah golongan daie, mukmin yang bersaudara menegakkan islam, bukalah hati.

Allah sediakan jalan utk terus berukhuwaah..–> bertaqwalah pada Allah dan perbaikilah hubungan sesama kalian. sayangilah sahabat2 kalian kerana Allah. mereka hadiah dari Allah dalam perjuaangan kalian. Mereka penyeri dalam suka dan kedukaan. jika itu berasaskan kepercayaan pada Allah. dlam ukhuwwah, diajar erti lapang dada, erti sabar, erti menyayangi, erti mendahulukan. lihatlah keliling kalian, wujudkah semuanya itu dalam diri kalian? cukup sabarkah?. cukup lapang dadakah?

Kalian akan mengerti bahawa seorang mukmin dan daie/daieyah, tidak akan sempurna andai ukhuwah islamiyah tidak tertanam kuat dalam hati kalian. buktinya pada sirah, bagaimana kekuatan ukhuwwah islamiyah yang dipupuk oleh rasul Allah terhadap sahabat2nya melahirkan golongan2 yang tidak pernah endah akan keperluan hidup sendiri bila memikirkan masih ramai sahabat yang lebih memerlukan. (kisah beri minum air dalam peperangan sehingga mereka syahid kerana kehausan).

tidak dinafikan, virus2 akan datang menyerang ukhuwwah kalian. Seperti mana kisah perebutan harta di Badar. Namun, apa ubatnya?

‘selemah-lemah ukhuwah adalah bersangka baik kepada saudara, sehebat-hebat ukhuwah adalah mendahulukan saudaranya lebih daripada diri sendiri (itsar)’

alunkanlah doa rabithah sekerap yang mungkin. Pintalah pada Allah agar ukhuwwah yang kalian bina akan membawa kalian dan saudara ke pintu syurga. Berbaring bersama di atas kasur2 tebal milik Allah s.w.t. fuhh, sungguh indah ^_____^.

wallahua’lam, cukup di sini entry Sang Tanah. terasa sangat lama tangan yang dah ‘lama’ tidak menulis ini menulis hari ini. terlalu banyak peristiwa Badar yang ingin dikongsi.

*hari ini akan berpisah sementara dengan 2 sahabat yang akan pulang ke Malaysia..hurm, pasti rindu.

Allahumma yusahhil. assalamualaikum wrt.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

2 thoughts on “Milik siapa harta itu??

Leave a comment